Berita Hari Ini

Putrajaya Rancang Wujudkan Sekolah Program Komputer

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) merancang untuk mewujudkan sekolah pemprograman komputer bagi pelajar lepasan sekolah menengah, kata Menterinya Gobind Singh Deo.

Beliau berkata inisiatif itu bertujuan menerapkan ilmu teknologi dan pengkomputeran supaya generasi muda lebih bersedia pada masa depan dalam dunia teknologi digital untuk kekal berdaya saing.

Katanya, kementeriannya sedang meneliti pelbagai model bagi tujuan membina dan membangunkan sekolah pemprograman komputer yang sesuai bagi sekolah di Malaysia.

Satu ujian sekolah pemprograman komputer diharap dapat dijalankan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun ini, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan 50 ninja digital di bawah Program Ninja Digital yang dianjurkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), semalam.

Gobind berkata beliau yang melawat Ecole 42, sebuah sekolah pemprograman komputer di Paris, akan cuba membawa model berkenaan ke Malaysia.

Mengenai Program Ninja Digital itu, Gobind berkata tekonologi digital menawarkan kepada orang ramai peluang dan perubahan tanpa sempadan, justeru terdapat keperluan mendesak untuk mempersiapkan para belia untuk menghadapi dunia teknologi digital untuk kekal berdaya saing.

“Sebahagian daripadanya adalah dengan melengkapkan para belia Malaysia dengan kemahiran serta set pemikiran dan pendekatan yang dapat membantu mereka kekal relevan dalam tenaga kerja masa depan,” tambah beliau.

Program Ninja Digital adalah satu program bertujuan mempertingkatkan kemahiran digital yang menyasarkan pelajar Malaysia berusia antara 13 dan 17 tahun yang mempunyai bakat dalam pembikinan digital dan menunjukkan potensi besar untuk menjadi pakar teknologi digital pada masa depan.

Mengenai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini, Gobind yang juga timbalan pengerusi DAP berkata parti sudah ada beberapa cadangan tetapi keputusan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

PRK Sandakan perlu diadakan berikutan kematian penyandang yang juga pengerusi DAP Sabah Mendiang Stephen Wong Tien Fatt lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");