Panasnya Hari Ini

Rafizi Tempelak Menteri Perkara Biasa, Kata Anwar

SEREMBAN: Teguran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai prestasi menteri Kabinet kerana gagal menangkis serangan pembangkang adalah perkara biasa, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, ia merupakan cara Pakatan Harapan (PH) menerapkan budaya baru dengan memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja, termasuk penyokong kerajaan, untuk menegur.

“Saya pun ada tegur supaya menteri kerja kuat. Macam semalam saya ada tegur Gobind (Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia) mengenai akses internet.

“Itu (teguran) normal. Tak perlu jadi macam pemikiran lama Umno, tegur sikit panik,” katanya kepada media selepas bersarapan bersama penduduk di Kampung Felda Sendayan, Rantau, di sini, hari ini.

Turut hadir, calon PH bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram.

Semalam, Rafizi, dalam satu program di Sendayan menegur menteri PH yang didakwanya tidak memiliki strategi komunikasi yang baik.

Katanya, kerajaan harus mengakui mempunyai menteri yang tidak memiliki strategi komunikasi berkesan untuk memberi penerangan berkaitan isu perkauman yang kini menjadi senjata Umno dan PAS untuk menyerang kerajaan.

Menurutnya, lebih buruk apabila keadaan itu bukan sahaja menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat, malah mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar kepada PH.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu turut menempelak menteri PH yang banyak melakukan “kerja” mengundang “serangan” rakyat terhadap kerajaan.

PRK DUN Rantau esok menyaksikan calon PH, Dr S Streram berdepan tentangan daripada calon BN, Mohamad Hasan dan 2 calon Bebas, malar Rajaram dan Mohd Nor Yassin lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");