Sukan Hari Ini

Real Madrid Buntu Tembusi Gawang Getafe

Real Madrid kehilangan mata kali ketiga dalam tujuh perlawanan sejak dikendalikan Zinedine Zidane apabila seri 0-0 di Getafe dalam aksi La Liga awal pagi tadi sekali gus menjejaskan harapan menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas.

Keputusan itu menyebabkan mereka ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan enam mata di belakang Atletico Madrid di tangga kedua selepas 34 perlawanan.

Getafe yang tidak pernah beraksi di Liga Juara-Juara di tangga keempat tetapi mempunyai jumlah mata sama dengan Sevilla iaitu 55 yang membelasah Rayo Vallecano 5-0, semalam.

Zidane melakukan beberapa pertukaran ke atas skuadnya ketika dia bersiap sedia melakukan rombakan musim depan selepas mengharungi musim mengecewakan dengan Marcelo, Luka Modric, Toni Kroos dan Marco Asensio antara pemain yang bakal meninggalkan kelab itu.

Persembahan hambar Real di Stadium Coliseum Alfonso Perez itu jelas tidak menepati status mereka sebagai gergasi Eropah. Jika tidak kerana aksi hebat penjaga gol Keylor Navas yang menyelamatkan dua percubaan Jaime Mata pada babak kedua, Real pasti malu besar.

“Kami sepatutnya boleh menang malam ini,” kata Zidane. “Kami mencipta peluang terutamanya pada babak pertama. Saya tidak suka dengan keputusan tetapi dengan cara kami beraksi, konsentrasi kami, saya tetap gembira.”

Tidak seperti Real, Getafe masih ada peluang menunjukkan kemampuan. Jila mereka berjaya merebut slot Liga Juara-Juara, ia adalah kejutan terbesar dalam sejarah La Liga malah mengatasi Atletico Madrid yang memenangi kejohanan itu pada 2014 lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");