Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang semalam, mangsa Mohamad Amiraasyraf Azman, 17, maut selepas tertimbus ketika mendulang emas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah mendulang bersama ayahnya sejak pukul 11 pagi sebelum berlaku satu kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan mangsa tertimbus.

“Bapa mangsa telah mendapatkan bantuan rakan dan orang ramai untuk mencari mangsa,  dan mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 6.40 petang, semalam.

“Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Dabong dan mendapati tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mayat akan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) bagi mengenal pasti punca kematian lapor Kosmo Online.