Panasnya Hari Ini

Saya Sedia Disiasat – Mohamad

SEREMBAN: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan sedia disiasat, jika wujud salah guna kuasa sepanjang mentadbir Negeri Sembilan.

Bekas Menteri Besar selama 14 tahun itu berkata, jika ada maklumat yang mengatakan beliau melakukan sebarang kesalahan, beliau mahu pihak terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Saya tidak gentar kerana yakin tidak melakukan kesalahan. Tetapi, saya kecewa jika dakwaan itu sekadar mahu membunuh ‘character’ saya sebagai calon menjelang minggu terakhir kempen,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai ceramah oleh Speaker DUN, Zulkefly Mohamad Omar pada sesi ceramah Pakatan Harapan (PH) di sini, malam tadi.

Kes itu dilaporkan berlaku pada 2008, dengan Mohamad didakwa melanggar undang-undang perbankan selepas memindahkan wang sebanyak RM10 juta ke London melalui pengurup wang.

Dalam ceramah itu, Zulkefly turut mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menahan Mohamad walaupun laporan sudah dibuat.

Mengulas isu itu, Mohamad menegaskan wang itu digunakan untuk membeli apartmen di London dan yakin itu bukan satu kesalahan.

Ketika diminta mengulas mengenai pemimpin PKR yang meminta beliau meminta maaf kerana kononnya meminta undi daripada pengundi atas jasanya di Rantau, beliau menafikan perkara itu.

Katanya, dia hanya meminta tolong pengundi mengundinya ketika sesi berkempen dan sama seperti dilakukan calon lain.

“Saya tak ungkit pun jasa saya. Saya tak kata kena undi saya sebab saya dah banyak tolong.

“Tapi dalam masyarakat kita, kita sentiasa diajar supaya mengenang jasa orang. Jadi, terpulang pada pendapat masing-masing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");