Membawang Hari Ini

“Saya Tak Perli Keluarga Acap. Ini Mengenai Netizen Kita” – Aeril Zafrel Dikecam Gurauan Nampak Makhluk Halus

Pelakon Aeril Zafril menjelaskan dia tidak berniait untuk mempersendakan keluarga peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashfar Hassan atau Acap yang dipercayai hilang sejak 23 Mac yang lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 31 berkata foto dia membulatkan beberapa kawasan yang dimuat naik di instagram hanyalah sekadar sindiran but netizen.

“Perli keluarga apa dia? Orang cakap fasal netizen kita. Adoi la hang ni.

Saya tak cakap keluarga. Ini mengenai netizen kita,” kat suami kepada pelakon Wawa Zainal.

Aeril menjawab beberapa komen netizen yang menyalah erti mengenai postingnya itu dikatakan tidak menjaga hati keluarga Acap.

Sebelum ini, foto Acap yang sedang berlari itu dikatakan mempunyai penampakan “ghaib” disekeliling menjadi viral di laman sosial.

Disebabakan itu, Aeril sengaja memuat naik gambar yang lebih kurang sama dengan membulatkan beberapa kawasan untuk menyindir netizen.

“Ambil gambar ni waktu pengambaran tadi. Korang nampak tak? Masalah #netizenmalaysia,” tulisnya.

Pelbagai teori timbul dengan rata-rata netizen menyifatkan misteri kehilangan pemuda itu yang kini sudah memasuki hari ke-13 ada kaitan dengan alam mistik.

Biarpun sehingga kini masih tidak ada sebarang petunjuk namun, sekumpulan sukarelawan yang menyertai operasi mencari danmenyelamat (SAR) masih meneruskan pencarian.

Kejadian yang berlaku di Gua Tempurung, Perak itu masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpa Acap memetik laporan MStar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");