Membawang Hari Ini

‘Sedia Minta Maaf Secara Peribadi, Bukan Terbuka’

KUALA LUMPUR: Datuk Hans Isaac mengaku tidak tahu gimik diatur penganjur Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, Sabtu lalu, yang menggandingkan pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin sebagai penyampai trofi hingga tercetus kontroversi kononnya ia adalah permintaan peribadi aktres jelita terbabit.

Pelakon dan pengarah itu memberitahu, dia hanya tahu beberapa kejutan pada malam itu, namun tidak dimaklumkan mengenai gandingan Fazura dan suaminya sebagai penyampai trofi.

“Saya hanya tahu beberapa kejutan termasuk persembahan Datin Seri Tiara Jacquelina yang diatur pada malam kemuncak FFM30.

“Mengenai kehadiran Fattah yang digandingkan dengan Fazura sebagai penyampai trofi, ia memang di luar pengetahuan saya.

“Saya percaya hal begini sepatutnya dimaklumkan lebih awal kepada mereka yang terbabit dalam acara itu, biarpun ia adalah kejutan dirancang.

“Saya terkejut dan jadi canggung… Begitu juga Maya Karin,” katanya kepada BH Online.

Ketika FFM30 berlangsung, hos iaitu Nabil Ahmad dan Adibah Noor mengumumkan Fazura, Hans dan Maya sebagai penyampai trofi untuk kategori Anugerah Khas Juri.

Semalam, Fazura menafikan dakwaan konon penampilannya dan Fattah sebagai penyampai trofi di FFM30 adalah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur.

BH Online melaporkan, Fazura mendakwa, dia tidak pernah membuat ketetapan untuk menjadi penyampai trofi jika syarat digandingkan dengan Fattah dipatuhi penganjur, pada malam kemuncak anugerah berprestij itu.

Fazura yang tampil dengan Fattah menyampaikan trofi kategori Anugerah Khas Juri menjelaskan, dia dan suami masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.

Tambah Fazura, mengikut perancangan dan komunikasi dengan pihak terbabit, mereka tampil dalam slot berasingan.

Namun, dakwa Fazura, ketika menunggu giliran di belakang pentas, mereka didatangi dua petugas produksi yang meminta dia dan Fattah untuk bersama-sama naik ke pentas menyerahkan trofi.

Dalam kekalutan itu, Fazura menambah, dia dan Fattah sempat berlatih skrip, biarpun dimaklumkan pada saat-saat akhir. Fazura mendakwa, mereka diberitahu kehadiran Fattah bersamanya adalah elemen kejutan untuk acara itu.

Berikutan itu, Fazura yang mendakwa menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada Hans yang menyatakan rasa kecewa atas apa yang berlaku, memohon pelakon dan pengarah itu memohon maaf daripada dirinya dan Fattah.

Hans berpendapat acara anugerah berprestij seperti FFM tidak perlu menyelitkan segmen ‘penjenamaan’ seperti menggandingkan pasangan selebriti suami-isteri sebagai penyampai trofi.

“Jika acara hiburan lain, saya tak kisah jika penjenamaan dalam bentuk ‘pasangan’ mahu ditampilkan,” katanya.

Mengenai tindakannya menghantar mesej melalui WhatsApp kepada Fazura, bintang filem Persona Nan Grata itu mengaku itu adalah khilafnya.

“Saya sepatutnya menghubungi Fazura daripada menghantar pesanan itu. Mesej itu bersifat kiriman kepada kawan yang saya sudah kenal lama… Saya sepatutnya hubungi Fazura.

“Cuma saya tak sangka, dia bangkitkan soal kiriman mesej ini kepada umum sedangkan ia ibarat perbualan sesama kawan.

“Saya ada terbaca yang dia meminta saya memohon maaf kepadanya. Saya boleh berbuat demikian kepadanya secara peribadi, namun, tidak perlu dilakukan secara terbuka,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");