Membawang Hari Ini

Senang Kalau Dengan Sufian – Nabila Razali

KUALA LUMPUR: Pernah dikaitkan menjalin cinta apabila memuat naik gambar sama di laman sosial masing-masing, tahun lalu, penyanyi Nabila Razali tidak menafikan, Sufian Suhaimi antara lelaki dalam senarai pilihannya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Vroom Vroom itu bagaimanapun, berharap peminat tidak segera membuat spekulasi antara mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Nabila sebaliknya, memaklumkan penyanyi lagu Di Matamu itu menjadi pilihannya sebagai pasangan duet untuk projek lagu terbarunya yang bakal dilunaskan tidak lama lagi.

“Selepas muncul dengan Vroom Vroom, saya merancang untuk merakamkan sebuah lagi single baharu, tahun ini. Selepas empat single solo, saya teringin pula merakamkan lagu duet dan Sufian antara nama yang menjadi pilihan.

“Namun, semuanya masih dalam peringkat perancangan dan saya berharap ia akan menjadi kenyataan. Lagipun, senang kalau dengan Sufian, memandangkan kami sudah saling mengenali antara satu sama lain.

“Saya tahu kelebihan dan kemampuan Sufian, begitu juga sebaliknya. Perkara ini sudah saya utarakan kepada syarikat rakaman dan mereka seperti memberi lampu hijau.

Dalam apa juga hal, persetujuan syarikat rakaman penting kerana mereka lebih tahu apa terbaik untuk kerjaya nyanyian saya,” katanya.

Nabila berkata, tidak seperti kebiasaan apabila dia hanya tampil dengan sebuah single setahun, untuk 2019, dia cuba membawa kelainan dengan merakamkan dua lagu baharu.

Ditanya mengenai genre lagu yang bakal menjadi pilihan, penyanyi lagu Pematah Hati yang turut dikenali sebagai pelakon itu selesa mengukur baju di badan sendiri.

“Sekiranya perancangan ini jadi, mungkin saya memilih lagu pop. Memang ramai peminat yang mahu saya merakamkan lagu balada, tetapi saya sedar kemampuan vokal sendiri.

“Saya tidak mahu mengambil risiko kerana suara saya tidak sesuai menyanyikan lagu perlahan atau jiwang. Biarlah saya menyanyikan lagu rancak kerana lebih selesa dengan konsep itu. Saya tidak tahu akan datang, mungkin nanti saya sahut cabaran peminat,” katanya kepada BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");