Sukan Hari Ini

Seperti Dijangka, Pelumba Sapura Cycling Pertahan Jersey Kuning

Pasukan Sapura Cycling sekali lagi membuktikan pelumbanya tidak gentar untuk mempertahankan jersey Kuning dan sekaligus memegang gelaran Juara Keseluruhan LTdL 2019.

Mendapat sokongan padu dari peminat pasukan itu serta ahli pasukan lain, Benjamin Dyball begitu selesa mengekalkan kedudukan.

Mendapat kedudukan tempat kedua terbaik, pelumba dari Floyds Pro Cycling, Keegan Swirbul dan pelumba pasukan Vino Astana Motors, Vadim Pronskiy di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Vadim Pronskiy turut sebagai pelumba Terbaik Asia dan sekaligus mempertahankan Jersey Putih.

Pelumba pasukan kebangsaan Japan, Nariyuki Masuda muncul sebagai kedua terbaik dan Stepan Astafyev dari pasukan Vino Astana Motors mendapat tempat ketiga terbaik Asia.

Bagi gelaran Raja Pecut, seperti yang dijangkakan, pelumba Travis Mc Cabe menggungguli carta dan mempertahankan jersey Hijau bermula peringkat ketiga sehingga peringkat kelapan.

Matteo Pelucchi dari pasukan Androni Giocattoli muncul sebagai kedua terbaik dan peserta Malaysia, Mohd Harrif Saleh dari Pasukan Terengganu Inc berjaya mendapat tempat ketiga terbaik untuk cabaran pecutan.

Jersey Merah yang memegang gelaran Raja Bukit berjaya dipertahankan pelumba, Angus Lyons dari pasukan Olivers Real Food Cycling dengan mudah sejak awal LTdL 2019 dianjurkan.

Tempat kedua dimenangi oleh Kwon Soonyeong dari pasukan KSPO dan tempat ketiga untuk cabaran bukit dimenangi oleh Benjamin Dyball dari pasukan Sapura Cycling.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");