Perak Hari Ini

Serangan Penyakit Misteri Di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Tidak Benar

IPOH- Khabar angin yang mengatakan adanya serangan penyakit misteri di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) adalah tidak benar sama sekali.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Intergrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, selepas pemeriksaan dijalankan didapati seramai empat orang pelajar telah disahkan positif influenza A H1N1.

“Gejala demam dan batuk dalam kalangan pelajar yang melibatkan seramai 79 orang pelajar dan seorang guru telah dikesan dimana dua orang pelajar telah dimasukkan ke hospital swasta untuk rawatan dan pemantauan manakala kes lain diklasifikasikan sebagai pesakit luar.

“Seramai 28 orang pelajar telah diasingkan dan sebanyak empat kes disahkan positif influenza A H1N1,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak darul Ridzuan hari ini.

Selain itu katanya, pejabat kesihatan Daerah Kinta telah mengambil tindakan bagi mencegah penyakit tersebut dari terus merebak termasuk mengasingkan pelajar yang terlibat dengan pelajar-pelajar lain.

“Situasi tersebut masih berada dalam keadaan terkawal.” katanya.

Tambah beliau, bagi mencegah jangkitan, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan pada peringkat awal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");