Sukan Hari Ini

Sevilla Kukuh Peluang Selepas Benam Betis

MADRID: Sevilla mencerahkan peluang kembali ke Liga Juara-Juara apabila menewaskan Real Betis 3-2 pagi tadi sekali gus mendaki ke tangga keempat La Liga.

Tandukan Munir El Haddadi pada minit ke-26 mengubah suasana pertandingan di Stadium Sanchez Pizjuan sebelum penyerang antarabangsa Argentina, Giovani Lo Celso menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Sevilla kembali di depan menerusi sepakan voley menarik oleh Pablo Sarabia pada minit ke-59 sebelum Franco Vazquez menambah gol ketiga.

Sepakan percuma Cristian Tello pada minit ke-82 belum cukup buat Betis menghalang Sevilla mengubah rekod yang menyaksikan mereka akhirnya menewaskan Betis buat kali pertama sejak dua tahun lalu.

Kemenangan itu melonjakkan Sevilla ke tangga keempat dengan mengumpul 52 mata hanya berbeza dua mata di atas Getafe manakala Betis di tangga kesembilan dengan 43 mata memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");