Panasnya Hari Ini

Shafee Ingatkan Pendakwaan: Usah Sorok Transkrip Komunikasi

KUALA LUMPUR: Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan peguam bela Najib Razak berkata pihaknya akan mendapatkan transkrip komunikasi di antara pegawai Ambank Joanna Yu dan ahli perniagaan yang jadi buruan polis, Jho Low.

Shafee berkata hal itu merupakan perkara yang menjadi keutamaan mereka untuk perbicaraan kali ini.

“Ia merupakan satu perkara yang paling penting. Jika mereka cuba menyembunyikannya, habislah mereka.

“Mereka (pendakwaan) tidak boleh menyembunyikannya kerana ia ada di mana-mana, dalam Wall Street Journal, dan juga Sarawak Report, kerana jika ia hilang, akan ada masalah yang besar,” katanya kepada pemberita luar bangunan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Muhammad Shafee berkata peguam bela Najib memerlukan bahan bukti membabitkan komunikasi di antara pegawai perhubungan Ambank, Yu dan Jho Low untuk membuktikan bekas perdana menteri itu tidak tahu-menahu berkenaan kesalahan yang didakwa ke atasnya lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");