Sukan Hari Ini

Solskjaer Perlu ‘Tunjuk Kuasa’ – Wright

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer perlu membuktikan dia tidak gentar untuk membuat keputusan besar dan mengetepikan penjaga gol bermasalah, David de Gea bagi baki dua aksi Liga Perdana Inggeris, kata bekas penyerang England Ian Wright.

De Gea melakukan beberapa kesilapan tidak sepatutnya sejak kebelakangan ini termasuk ketika membenarkan Chelsea meledak gol penyamaan 1-1 ketika aksi liga, minggu lalu yang mengakibatkan peluang United untuk mengisi tangga empat terbaik makin sukar.

Solskjaer mempertahankan De Gea dan dijangka akan terus meletakkan kepercayaan bagi pertemuan menentang Huddersfield Town dan Cardiff City tetapi Wright percaya pengendali dari Norway itu perlu mengambil pendekatan yang berbeza.

“Jika dia (Solskjaer) benar-benar mahu menunjukkan kehadirannya dan memberitahu orang yang dia tidak takut untuk membuat keputusan, dia sepatutnya mengeluarkannya (De Gea),” kata Wright.

“Jika pengurus menjelaskan segala-galanya dan memberitahunya secara berdepan mengapa dia diketepikan dan memberinya rehat, ia adalah taktik pengurusan dan itulah yang Solskjaer perlu lakukan.”

Kontrak De Gea dijadual berakhir pada tahun ini sebelum United mengaktifkan lanjutan kontrak selama setahun tetapi ia tidak menamatkan spekulasi media yang mengaitkan perpindahan keluar dari Old Trafford.

Wright berkata dengan merehatkan De Gea lebih awal pada musim ini, ia akan membantu penjaga gol Sepanyol itu untuk memikirkan mengenai masa depannya bersama kelab dengan Sergio Romero mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Dia (De Gea) perlu pergi bercuti dan menyelesaikan kontraknya,” kata Wright. “Kadang kala kamu perlu mengeluarkan seseorang daripada landasan. Dia adalah salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan dia memerlukan rehat.

“Ada begitu banyak yang berlaku dan dia dihimpit begitu banyak tekanan. Apabila kamu melihat bagaimana United bermain ketika ini, meletakkannya dalam situasi itu akan memberikannya lebih banyak tekanan. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");