Berita Hari Ini

SPRM Kesal Berita Diulang Siar Pihak Tidak Bertanggungjawab

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan laporan berita yang dimuat naik oleh Facebook Vats 69 – Perjuangan Semalam hari ini kononnya terdapat dua pegawainya ditahan kerana disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Sebetulnya kes ini adalah pada tahun 2017 iaitu kes lama bahkan pegawai terlibat sudah diambil tindakan buang kerja.

“Berita lama ini diulang dengan niat menjatuhkan reputasi SPRM dan disifatkan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, laman Facebook Vats 69 – Perjuangan Semalam memuat naik berita bahawa terdapat dua pegawai SPRM ditahan kerana disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields lapor Kosmo Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");