Membawang Hari Ini

SS Dakwa Ada Masalah Kesihatan, Seminar Pun Tak Jadi

Bagai menepati ramalan segelintir pihak, Seminar Keibubapaan dan Pendidikan Awal anjuran penyanyi nasyid kontroversi Suhaimi Saad yang sepatutnya berlangsung semalam dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Suhaimi – yang biasa merujuk dirinya sebagai SS – melalui hantaran di Facebook menjelaskan, dia tidak dapat meneruskan hasratnya mengadakan seminar berkenaan disebabkan berdepan kekangan kesihatan.

“Atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, SS telah membatalkan seminar tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Suhaimi tidak menjelaskan lebih lanjut apakah sakit yang sedang dideritainya itu.

Bekas anggota kumpulan Inteam itu terkenal kerana kelantangannya berhujah menolak bentuk Bumi sebagai sfera, sebaliknya berkeras menyatakan ia rata.

Suhaimi juga gigih dengan kepercayaan bahawa kanak-kanak tidak wajar diberikan suntikan vaksin.

Dia sendiri enggan membenarkan anak-anaknya diberikan suntikan tersebut.

Menerusi tinjauan pada akaun Facebook Suhaimi semalam, tiada sebarang kemas kini daripadanya mahupun peserta yang menyertai program tersebut.

Bercakap kepada pemberita sebelum ini, Suhaimi terpaksa merahsiakan lokasi seminar – yang akan menampilkan dirinya sebagai satu-satunya penceramah – bagi memastikan kelancaran program.

Dia juga berkata, tujuannya tidak menghebahkan lokasi itu kepada umum bukan kerana bimbang dengan keselamatan nyawanya Untuk rekod, Suhaimi pernah mendakwa dirinya diancam bunuh di media sosial.

Disebabkan tiada sebarang pemberitahuan mahupun kemas kini berhubung seminar berkenaan, Suhaimi juga didakwa segelintir warganet sengaja menganjurkan seminar untuk ‘mencekau’ wang pendaftaran peserta.

Menjelaskan pertikaian terbabit, Suhaimi berkata, dia telah memulangkan apa yang sepatutnya.

“Semua yuran peserta telah pun kami pulangkan,” katanya.

Bagaimanapun, sekiranya ada peserta berasa ditipu, Suhaimi mengalu-alukan mereka untuk membuat laporan polis memetik laporan MKini.

“Sekiranya ada peserta yang mendakwa ditipu dan yurannya belum dikembalikan, sila tunjukkan bukti dan buatlah laporan polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");