Sukan Hari Ini

Stage 5, LTdL 2019: Selamat Datang Ke Perak Buat Pelumba

Kerajaan Perak berbangga peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 melalui hampir kesemua kawasan di Perak dengan laluan bermula Tanjung Malim dan berakhir di Taiping.

Exco Belia dan Sukan, Howard Lee memberitahu, penganjuran siri jelajah antarabangsa itu sememangnya bersesuaian dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mahukan Perak dijadikan destinasi pelancongan sukan.

“Kita berbangga sebab untuk Stage 5 pelumba hanya berlumba di Perak, maknanya mereka bakal mengayuh dari selatan negeri sehingga ke utara Perak.

“Jadi ia sangat bersesuaian dengan usaha kita untuk memperkenalkan Perak sebagai destinasi pelancongan sukan.

“Jika untuk peringkat-peringkat sebelum ini pelumba perlu melalui dua atau tiga negeri namun hari ini, hanya di Perak,” katanya ketika ditemui Peraktoday, di Majlis Pelepasan Pelumba untuk peringkat kelima LTdL 2019 di Tangjung Malim.

Howard menambah, apa yang diharapkan kini lebih banyak penganjuran sukan antarabangsa di negeri itu.

Malah katanya, kerajaan negeri juga mengharapkan pelumba dan ahli pasukan dari negara luar menikmati pemandangan dan cabaran di Perak.

“Saya harap semua pelumba menikmati pemandangan Indah di Perak dan jangan ingat negeri kita tidak ada laluan yang mencabar pengayuh.

Dalam pada itu, menurut beliau, Perak akan berusaha mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal bagi memastikan ada wakil dari negeri itu dalam LTdL.

“Kita akan cuba cungkil bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal dan kalau boleh setiap penganjuran sukan antarabangsa ada wakil anak Perak,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");