Membawang Hari Ini

Sufian Suhaimi Tulis Buku Puisi

KUALA TERENGGANU – Penyanyi Sufian Suhaimi bakal muncul dengan dengan buku puisi berjudul Senandika Sufian Suhaimi, hasil karyanya yang dijangka akan disiapkan hujung tahun ini.

Menurutnya, buku puisi itu berkisar pandangannya terhadap kehidupan yang akan dikongsi bersama peminatnya.

“Dua tahun kebelakangan ini, banyak kenangan yang saya lalui, ada manis dan pahit, jadi setiap saat itu saya terjemahkan dalam hidup saya dan untuk kongsi dengan orang lain juga.

“Buku yang bakal diterbitkan ini bukan mengenai Sufian Suhaimi, ia menyentuh mengenai pandangan saya terhadap kehidupan, itu yang saya terjemahkan dalam bentuk puisi,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Sufian berkata, setakat ini, buku sebanyak 70 muka surat itu sudah siap sebanyak 80 peratus dengan memuatkan satu puisi di setiap helaian.

“Saya menulis sejak di UniSZA lagi kerana di sini saya kenal muzik, komposisi lagu ditambah pula kawan-kawan suka baca buku puisi dan cerpen. Saya rasa sekarang adalah masanya untuk saya kongsi.

“Buku yang akan diterbitkan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu memakan masa selama setahun,” katanya.

Terdahulu, Sufian berkongsi pengalaman bersama 1,000 peserta program Hari Kesedaran Kerjaya dan Keusahawanan bersama Protege yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam.

Menurutnya, dunianya tidak hanya tertumpu terhadap bidang nyanyian, sebaliknya bidang keusahawanan dan perniagaan juga menjanjikan pulangan yang lumayan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");