Sukan Hari Ini

SuperKip Terjatuh Di Austin

KUALA LUMPUR: Penunggang PETRONAS Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi menamatkan sesi latihan bebas kedua saingan di tempat ke-22 selepas terbabit dalam insiden pelanggaran di minit terakhir menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat esok.

Selepas memperoleh tiga mata di GP Argentina minggu lalu, Khairul Idham atau dikenali sebagai SuperKIP berada di Amerika Syarikat minggu ini dengan misi meneruskan kecemerlangannya pada saingan kelas Moto2.

Bagaimanapun kemalangan itu menyebabkan beliau tidak boleh mencatatkan keputusan lebih baik daripada kedudukan ke-22 selepas kedua-dua sesi latihan dicampur.

Penunggang Malaysia itu melengkapkan keseluruhan 15 pusingan pada sesi latihan bebas pertama, mencatat masa terpantas 2:13.032s bagi meletakkannya di kedudukan ke-18.

Pada sesi sebelah petangnya, SuperKIP dapat mencatatkan masa lebih baik tetapi perlanggaran di selekoh enam itu pada minit terakhir menjejaskan peluang dan beliau tersingkir.

Begitupun dia disahkan cergas dan akan meneruskan sesi latihan bebas ketiga dengan ramalan cuaca mengeluarkan kenyataan kemungkinan perlumbaan berlangsung dalam hujan.

“Sesi latihan bebas satu berjalan dengan baik terutama di penghujungnya yang menyaksikan kami dapat berada dalam kelompok 14 terbaik.

“Pada permulaan sesi latihan bebas kedua saya tak dapat berada dalam 15 terbaik, tetapi saya berlanggar ketika saya cuba membaiki masa dan saya teruskannya,” katanya – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");