Berita Hari Ini

Suspek Kes Serangan Bom Sri Lanka Bukan Rakyat Malaysia – KPN

KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan suspek serangan bom yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 320 individu terkorban di Sri Lanka , Ahad lalu, bukan di kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata hasil siasatan awal, pihaknya mendapati tiada bukti yang menunjukkan rakyat Malaysia terbabit dalam serangan berkenaan.

“Kita ada terima dakwaan mengatakan serangan itu ada membabitkan warga Malaysia.

“Tapi siasatan awal kita mendapati tidak mempunyai sebarang petunjuk pembabitan rakyat negara ini dengan insiden itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada setiap ketua polis negeri untuk memantapkan kawalan keselamatan walaupun insiden serangan itu berlaku di negara lain.

“Kita juga sedang berhubung dengan agensi tempatan dan antarabangsa berkaitan untuk mengenal pasti rangkaian yang terbabit kejadian itu.

“Kita sentiasa berwaspada dengan isu ini dan mengawal ketenteraman awam sebaik mungkin,” katanya. – BHarian

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");