Berita Hari Ini

Suspek Ketiga Ditahan Geledah MPV Di DUN Rantau

SEREMBAN: Seorang peniaga ayam berusia 37 tahun menjadi individu ketiga ditahan, petang tadi, berhubung kes lima penyokong parti politik memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, di sini, semalam.

Sumber polis berkata, lelaki itu ditahan di sebuah lokasi di Rantau pada jam 4 petang.

“Tiga lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman pada jam 9 pagi esok,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, satu sidang media khas akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada jam 2.30 petang esok berhubung kes itu.

Terdahulu kira-kira jam 12 tengah hari, polis menahan dua suspek lain membabitkan seorang jurujual kenderaan berusia 52 tahun di Seremban dan pemandu lori berumur 36 tahun di Rantau.

Sebelum ini, tular dalam media sosial kejadian lima individu memaksa dua anggota polis membuka but MPV di hadapan pusat mengundi terbabit kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi.

Enggan kekecohan berlaku, dua anggota polis itu membuka but kereta dan hanya ada peti ubat serta peralatan keselamatan di dalam MPV berkenaan.

Susulan itu, polis menyifatkan kejadian jam 6 petang itu sebagai kali pertama berlaku di negara ini apabila orang awam memeriksa kenderaan polis – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");