Sukan Hari Ini

‘Tak Cergas, Tak Payah Main’

Jika tahu diri ada kekurangan, lebih baik jangan sarung jersi kebangsaan. Itu saranan bekas pemain negara, Khalid Ali terhadap segelintir individu yang gagal memberikan komitmen tinggi ketika mewakili Harimau Malaya.

Malah, Khalid juga mencadangkan supaya pemain yang memberi alasan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebagai punca sering jatuh atau tidak beraksi cemerlang, tidak lagi menyarung jersi kebangsaan kerana tidak cergas sepenuhnya.

Beliau berkata, setiap pemain perlu memberikan persembahan terbaik dan jika mengalami masalah atau kecederaan yang boleh menjejaskan taktikal pasukan, mereka sepatutnya ‘berundur’ daripada mewakili negara.

“Sebagai pemain, mereka sepatutnya tidak memberikan alasan jika gagal memberikan persembahan terbaik ketika mewakili skuad kebangsaan kerana ia membabitkan maruah.

“Jika tahu diri cedera atau ada kekurangan yang boleh menjejaskan corak permainan adalah lebih baik tidak turun mewakili negara,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Semalam, ketua pasukan kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak yang menerima kecaman daripada peminat bola sepak tempatan yang melabelnya lembik ketika beraksi, akhirnya membuka mulut dengan mendedahkan punca mengapa dia kadang-kala mudah jatuh apabila diasak pertahanan lawan.

Menerusi luahan hati yang dibuat di laman Instagram miliknya, Zaquan menjelaskan bahawa sebenarnya dia mengalami kecacatan kekal ekoran kecederaan ACL yang kakinya terpaksa dibedah sebanyak empat kali.

Katanya, susulan daripada kesan pembedahan itu, keseimbangan badannya kadang-kala tidak stabil sekali gus mudah jatuh ketika beraksi memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");