Sukan Hari Ini

Takkanlah Ada Pemain Begitu – Solskjaer

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer tidak akan membenarkan dirinya menjadi ‘mangsa’ kepada pemain bintang Manchester United selepas menerima amaran daripada bekas kapten kelab berkenaan, Roy Keane.

Solskjaer meraih prestasi positif pada awal tugasnya selaku pengurus sementara United – meraih 14 kemenangan daripada 17 perlawanan – namun prestasi itu semakin menurun, melakar tujuh kekalahan dalam sembilan perlawanan sebelum ini.

Kekalahan terbaru adalah di laman sendiri, kecundang di tangan Manchester City, Rabu lalu dan legenda kelab Keane selaku pengulas televisyen menegaskan, pemain di bawah Solskjaer akan mengecewakan pengurus mereka sama seperti dilakukan dilakukan ke atas bekas pengendali sebelum ini, Jose Mourinho.

Keane berkata: “Ini adalah pemain yang menyingkirkan Jose Mourinho dan mereka akan lakukannya kepada Ole.” Bagaimanapun Solskjaer yakin perkara itu tidak akan terjadi.

“Itu yang Roy Keane katakan? Sudah tentu ia tidak akan berlaku,” kata Solskjaer. “Saya bercakap dengan pemain sepanjang masa, mereka tahu kehendak dan standard saya. Saya mempunyai tempoh tiga tahun di sini dan akan melakukan apa yang termampu bagi menjadikan kelab ini berjaya.

“Kami melakukannya secara bersama, ia bukan seperti pemain menentang pengurus di sini, Penyokong tahu, kami tahu, kami akan melakukannya secara bersama dan bekerja bersama untuk terus meningkat. Kami sepakat mengenainya.”

Solskjaer menandatangani kontrak selama tiga tahun pada Mac lalu, menunjukkan impak yang baik selepas muncul selaku pengurus sementara pada Disember bagi menggantikan Mourinho.

Salah satu kekuatan pengendali dari Norway ini adalah rasa hormatnya kepada budaya dan tradisi kelab, pernah beraksi bersama pasukan antara 1996 dan 2007, sebelum menguruskan pasukan simpanan dari 2008 hingga 2011.

Solskjaer juga mempunyai rekod yang baik selaku pemain di United di bawah kendalian Alex Ferguson, dengan memori paling sukar dilupakan ketika menjaringkan gol kemenangan di final Liga Juara-Juara 1999. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");