Sukan Hari Ini

Terbuka Malaysia: V Shem-Wee Kiong Tepati Ramalan

KUALA LUMPUR: Skuad beregu lelaki profesional negara memastikan satu lagi wakil ke pusingan kedua susulan kemenangan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong ke atas wakil Thailand dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata, malam tadi.

V Shem-Wee Kiong mengikut jejak langkah Andrew Chooi Kah Ming dan Low Juan Shen yang terdahulu menyingkirkan pasangan ranking ke-11 dunia dari China, He Jiting-Tan Qiang.

Di atas kertas, V Shem-Wee Kiong dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash berdasarkan tiga rekod pertemuan yang memihak pasangan Malaysia itu.

Set pertama mencorakkan haluan perlawanan itu secara keseluruhan apabila V Shem-Wee Kiong menang 21-14 sebelum diasak dalam set berikutnya.

Meskipun ada kesilapan sendiri yang dilakukan, mereka tetap unggul dengan kemenangan 21-18 memetik laporan Astro Awani.

“Kami bermain dengan baik dalam perlawanan ini, setiap perancangan dijalankan dengan baik,” kata V Shem.

“Sasaran kami turun beraksi di laman sendiri adalah muncul juara. Kami mahu memastikan tekanan tidak mengganggu dan mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan,” kata Wee Kiong pula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");