Berita Hari Ini

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara rakyat untuk membatalkan perjanjian Statut Rom yang ditandatangani Mac lalu.

Dalam entri terbaru di laman Facebook rasminya, Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja.

“Saya berharap kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.

“Saya akan memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat sentiasa dipelihara.

“Raja dan rakyat berpisah tiada,” titahnya ringkas.

Kabinet memutuskan Malaysia menarik diri dari menerima perakuan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Jumaat lalu.

ICC yang ditubuhkan pada 2002 ditadbir mengikut Statut Rom lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");