Sukan Hari Ini

Terima Kasih Warga Putrajaya: Khalid Samad

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mengungkapkan ucapan terima kasih buat warga Putrajaya yang sanggup berhujan bagi menyaksikan detik penamat peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Untuk peringkat ketiga, pelumba bakal menamatkan siri jelajah itu di Dataran Presint 3, Putrajaya dan ia bakal disaksikan ribuan warga Putrajaya.

“Saya kagum, walaupun hari ini, hari bekerja dan cuaca yang hujan namun ia tidak melunturkan semangat warga Putrajaya untuk menyokong peserta LTdL.

“Saya ucapkan terima kasih pada warga Putrajaya,” katanya selepas menyambut pasukan Calvacade di garisan penamat peringkat ketiga LTdL 2019.

Khalid menambah, Putrajaya mempunyai beberapa kawasan yang cantik dan sering menjadi pilihan golongan yang gemar aktiviti berbasikal.

Malah jelas beliau, selepas penganjuran LTdL 2019 di Putrajaya diharapkan lebih banyak lagi laluan berbasikal dapat diterokai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");