Berita Hari Ini

Tiada Undang-undang Nyatakan Derma Asing Tidak Boleh Dikenakan Cukai

KUALA LUMPUR: Tiada udang-undang menyatakan sumbangan asing dikecualikan daripada cukai, kata pakar percukaian, Dr Veerinderjeet Singh.

Beliau berkata, hanya sumbangan daripada ibu bapa serta orang tersayang sahaja yang dikecualikan daripada cukai kerana ia dianggap sebagai hadiah dan tiada kaitan dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Sekiranya seseorang mendapat sumbangan, tetapi bukan daripada ibu bapa atau anak-anak, persoalan timbul iaitu mengapa anda memperolehinya?” katanya kepada pemberita di luar persidangan ‘Agenda Pembaharuan Cukai oleh Malaysia Baharu – Apakah Langkah Seterusnya?’ di sini, hari ini, lapor Bernama.

Veerinderjeet berkata, sekiranya sumbangan itu diberikan kepada parti politik, ia akan dilihat daripada perspektif berbeza.

“Sekiranya parti politik menerimanya, ia tidak boleh dikenakan cukai. Sumbangan itu boleh dikenakan cukai jika ia digunakan ke dalam hartanah dan lain-lain. Bagaimanapun apabila pihak individu menerimanya, itu berbeza,” katanya.

Beliau berkata penting untuk menentukan tujuan utama sumbangan berkenaan dan pihak yang memberi.

Veerinderjeet berkata demikian ketika ditanya mengenai penyata cukai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan berjumlah RM1.5 bilion, termasuk membabitkan derma RM2.6 bilion yang didakwa daripada Arab Saudi.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Sabin Samitah dalam ucapannya berkata cukai ke atas sumbangan atau pendapatan asing akan diteliti berdasarkan kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");