Berita Hari Ini

Tiada Vaksin Palsu Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin Mencevax ACWY palsu yang dikesan di Republik Niger tidak pernah diimport untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengesahan itu berdasarkan semakan pada vaksin dengan nombor kelompok dinyatakan dalam amaran dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 28 Mac lalu itu.

Katanya, kali terakhir vaksin yang digunakan untuk mencegah Meningitis A, C, W dan Y itu diimport oleh Malaysia ialah pada Julai 2017 dan status pendaftarannya luput pada 31 Mei 2018 serta tidak lagi berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Bermula 1 Januari 2015, PBKD mensyaratkan proses pelepasan lot vaksin dijalankan sebelum vaksin diimport dibenarkan untuk dipasarkan. Aktiviti itu penting bagi memastikan produk vaksin dalam pasaran berkualiti, selamat, dan berkesan.

“Maklumat vaksin yang sudah diberikan sijil Lot Release boleh diperolehi daripada laman sesawang https://www.npra.gov.my,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya memandang serius isu vaksin dipalsukan dan pemeriksaan dijalankan dari masa ke masa untuk memastikan tidak ada produk seumpama itu dalam pasaran.

“Kementerian Kesihatan juga mengingatkan hospital dan klinik swasta untuk membeli stok bekalan vaksin daripada pembekal berlesen sahaja dan tidak terpedaya dengan pihak menawarkan vaksin dengan harga lebih murah daripada harga pembekal berlesen.

“Orang awam boleh menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400 sekiranya ada vaksin yang meragukan,” katanya kepada BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");