Perak Hari Ini

TIC Tampil Bantu Pendidikan Golongan B40

IPOH- Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) melangkah dengan lebih progresif untuk memberikan bantuan dalam bidang pendidikan kepada golongan B40 di negara ini.

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, langkah yang diambil merupakan tanggungjawab sosial sebagai institusi pengajian tinggi agar dapat menawarkan skim bantuan biasiswa kepada lepasan SPM dan STPM bagi menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Hasrat ini selari dengan saranan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggesa agar semua Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dapat memberikan pengurangan yuran bagi kelompok B40 yang dikuatkuasakan pada 15 April ini.

“Walaubagaimanapun, dari segi rekod, pihak TIC telah menyahut seruan ini sejak tiga tahun yang lalu melalui siri jelajah 2U2I bagi membantu ramai golongan yang berada di luar bandar,” katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

Antara pelajar yang berjaya mendapat bantuan biasiswa dari golongan B40

Selain itu katanya, TIC bakal memperuntukan pengurangan yuran, malahan turut menaja sebahagian besar daripada kos pengajian anak-anak yang terdiri dalam kalangan B40.

“Pihak TIC faham bahawa dalam ekonomi kini, banyak pihak yang terkesan bagi menghantar anak mereka untuk menyambung pelajaran dan skim bantuan yang pihak TIC berikan bukanlah berbentuk pinjaman tetapi berbentuk biasiswa,” katanya.

Tambah beliau, pakej bantuan biasiswa yang diberikan terbahagi kepada empat aspek iaitu penajaan wang pendaftaran secara sepenuhnya, penginapan secara percuma bagi satu tahun, elaun bulanan ataupun elaun latihan industri TIC Apprentice selama setahun dan yuran kursus yang bakal ditaja secara sebahagian.

“Tajaan keseluruhan yang hampir mencecah RM15,000 ini adalah bantuan biasiswa supaya dapat membantu pelajar untuk dapat mencapai impian mereka disamping mengurangkan tekanan ekonomi dalam kalangan ibu bapa,” katanya.

Katanya, penekanan pihak TIC adalah untuk mencapai target bagi mengeluarkan golongan B40 kepada T40 supaya pada masa akan datang ramai pelajar berpotensi untuk menjadi mereka yang berpendapatan tinggi.

Tambah beliau lagi, pada peringkat permulaan, kuota seramai 70 orang sahaja yang akan dibantu tetapi memandangkan ada inisitif yang lebih besar , maka perkara ini dipandang lebih serius.

“Kuota mungkin akan dibuka lagi tetapi kuota kepada pemohon tidak dihadkan kerana proses permohona akan disahkan oleh TIC bagi sesi temuduga kepada pelajar yang terpilih.

Siri Jelajah Biasiswa TIC atau “Mega Road TOUR” akan berlangsung selama tiga bulan secara berfasa iaitu pada fasa pertama di negeri Zon Utara yang akan bermula dari 11 hingga 21 April ini dan sebanyak 16 lokasi telah dikenalpasti dengan enam rakan universiti berprestij.

Bagi mereka yang berminat untuk merebut peluang ini bagi ambilan sesi April 2019, sebarang pertanyaan atau maklumbalas atau untuk pendaftaran boleh melayari laman web rasmi TIC di https://www.tic.edu.my/.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");