Berita Hari Ini

Tidak Tahan Ibu Sering Minta Wang, Lelaki Buat Laporan Palsu Disamun

KEPALA BATAS – Disebabkan tidak tahan selepas mendakwa ibunya sering meminta wang, seorang lelaki berumur 24 tahun di sini membuat laporan palsu kononnya disamun menyebabkan semua wangnya hilang.

Memetik laporan Utusan Online, lelaki berkenaan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini, kononnya dia disamun awal bulan lalu bagi membuktikan yang dia tidak dapat memberikan wang seperti diminta ibunya.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah SPU, Noorzainy Mohd. Noor, siasatan polis kemudiannya mendapati kejadian samun itu tidak berlaku, malah lelaki berkenaan berkenaan kemudian turut mengaku membuat laporan palsu.

Tambahnya, dalam satu lagi kejadian hampir serupa, seorang remaja berusia 19 tahun turut membuat laporan palsu kononnya disamun dalam kejadian di hadapan Dewan Besar, Sungai Dua di sini, 10 April lalu.

Namun, tambah beliau, siasatan lanjut kemudiannya mendapati kejadian samun itu juga tidak berlaku dan remaja berkenaan bertindak membuat laporan palsu kerana mahu menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapanya yang mana dia sebenarnya dipukul rakan sendiri.

“Kita akan membawa kedua-dua kes ini kepada pihak pendakwaan bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Kita ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kerana tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka,”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");