Panasnya Hari Ini

Tidak Tepati Janji: Faktor Kekalahan PH Di Tiga PRK, Kata Gerakan

KUALA LUMPUR: Keputusan tiga pilihan raya kecil (PRK) terakhir iaitu Cameron Highland, Semenyih dan Rantau didakwa satu hukuman rakyat di atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji-janji pilihan raya pada Pilihanraya Umum (PRU14) lalu.

Ketua Biro Perpaduan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, H. Puvaniten berkata, ia sekali gus menunjukkan kekecewaan masyarakat yang amat sensitif dengan keadaan sekitar, terutamanya dengan janji-janji yang ditaburkan oleh kerajaan hari ini.

“Soal janji itu amat penting sangat. Ia menyumbang kekalahan PH terutama sekali kegagalan atasi soal sara hidup dan aspek kebajikan rakyat dari struktur pelbagai masyarakat.

“Bermula dengan kegagalan menunaikan 10 janji 100 hari PH, kabinet yang sedia ada walaupun setahun sudah berlalu selepas PRU14, PH hanya mampu memberikan alasan yang sama menyalahkan kerajaan terdahulu,” katanya sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Kata Puvaniten, sokongan orang muda terhadap PH juga dilihat semakin menurun.

“Orang muda menjadi pendorong utama dalam peratusan pengundi pilihan raya lepas. Mereka kini sedar bahawa janji yang dibuat oleh kerajaan lepas hanya untuk meraih undi,” kata Puvaniten lagi.

Dalam PRK Rantau, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

Mohamad Hasan menerima 10,397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang mendapat 5,887 undian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");