Berita Hari Ini

Timbalan pendaftar, Pensyarah Antara Ditahan Kemuka Tuntutan Palsu

JOHOR BAHRU: Seorang timbalan pendaftar universiti awam, pensyarah kolej komuniti dan pengarah syarikat swasta ditahan hari ini kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, semua suspek berusia lingkungan 40an hingga 50an itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek bersubahat mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah universiti awam berkaitan perbelanjaan program Dana Kebolehpasaran Graduan (GE) berjumlah RM689,000, sedangkan program terbabit tidak dilaksanakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara sehingga 20 tahun,” katanya.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan semua suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");