Sukan Hari Ini

Tok Gajah Ke Ipoh Tanpa Nwakaeme

KUANTAN: Gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Jose Eduardo bakal dipertaruhkan apabila skuad Pahang bertandang ke Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Ini kerana penyerang berbisa skuad Tok Gajah, Dickson Nwakaeme terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan hamtring ketika mengharungi aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Pengendali skuad itu, Dollah Salleh berkata, penyerang Nigeria itu memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk kembali pulih.

“Oleh itu, Mat Yo (Norshahrul) dan Ze Love (Eduardo) akan mengetuai jentera serangan dalam usaha merobek kubu The Bos Gaurus.

“Saya harapkan mereka akan menemui sentuhan jaringan selepas gagal melakukannya pada perlawanan dengan UKM FC Rabu lalu,” katanya.

Dalam senarai penjaring skuad Tok Gajah, Nwakaeme muncul penyumbang utama iaitu lima gol, diikuti Eduardo (empat) manakala Norshahrul (tiga).

Justeru, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, kunjungan ke Ipoh diharap merekodkan kemenangan dalam usaha mengejar kedudukan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, skuad Tok Gajah tidak boleh terlepas mata jika mahu menghimpit Harimau Selatan kerana kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan dua mata.

“Bagaimanapun, pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah hingga memberi ruang kepada tuan rumah membolosi gawang pasukan.

“Fokus utama pasukan adalah mencatat kemenangan tetapi mereka perlu berhati-hati dengan asakan lawan,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");