Panasnya Hari Ini

Tok Mat Dakwa SPR Sengaja Mahu Sekat Momentum BN

SEREMBAN: Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tarikh dipilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah keputusan dipengaruhi Pakatan Harapan (PH) bagi menghentikan momentum kebangkitan dan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden UMNO itu yang mesra dipanggil Tok Mat mempersoalkan mengapa SPR mengambil tempoh hampir sebulan untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian selepas bermesyuarat pada 6 Mac lalu.

“Memang PH nak menang di Rantau sebab kita (BN) dah menang di Cameron Highlands dan Semenyih. Dia nak berhentikan momentum.

“Saya tak pernah jumpa. SPR selalunya apabila dia mesyuarat minggu ini, pada minggu depan akan ada proses pencalonan. (Tapi) ..dia tunggu sebulan sebab nak momentum kemenangan BN di Cameron Highlands dan Semenyih itu mendatar atau hilang.

“Dia memang nak menang di Rantau bukan kerana kerusi DUN Rantau tapi dia nak supaya memberhentikan momentum kebangkitan UMNO dan BN. Di Rantau dia kata ini orang (beliau) patut dimatikan.

‘Mat Hasan’ ini tak boleh. Kalau dia hidup, ‘wi’ (putaran) dia macam main gasing lagi laju BN akan menentang kita (PH). Mesti kasi mati sama dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada Majlis Mesra Bersama Calon BN di Bandar Sri Sendayan, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

SPR dalam mesyuarat khasnya pada 6 Mac menetapkan Sabtu lalu sebagai hari penamaan calon dan memilih 13 April untuk hari pengundian biasa manakala 9 April hari pengundian awal.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Calon PKR bagi DUN Rantau pada PRU-14, Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau, memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau.

BN sebelum ini tewas di tiga PRK iaitu DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong serta tidak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");