Berita Hari Ini

Transaksi Perbankan SRC International, Gandingan Mentari Dikemuka Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini dikemukakan dengan beberapa dokumen transaksi perbankan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd berjumlah RM94.7 juta.

Peguam, Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak mengemukakan butiran transaksi itu melalui dokumen tambahan yang diserahkan Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi kepada Pegawai Penggeledah Bank Negara Malaysia (BNM) Azizul Adzani Abdul Ghafar.

Dokumen berkenaan diserahkan Uma Devi dalam operasi serbuan membabitkan siasatan kesalahan obligasi pelaburan yang dikendalikan BNM pada 6 Julai 2015.

Harvinderjit berkata, mengikut butiran dokumen tambahan itu terdapat transaksi wang berjumlah RM40 juta pada 24 Disember 2014 yang berkemungkinan dikeluarkan daripada akaun SRC International Sdn Bhd dan dimasukkan ke dalam akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Menurut peguam itu, transaksi kedua membabitkan transaksi wang berjumlah RM5 juta berkemungkinan daripada SRC International kepada Gandingan Mentari pada 5 Februari 2015.

“Transaksi ketiga membabitkan wang berjumlah RM39.7 juta bertarikh 9 Januari 2015 berkemungkinan daripada SRC International ke akaun Gandingan Mentari.

“Transaksi keempat membabitkan wang RM 10 juta pada 13 Februari 2015 berkemungkinan daripada SRC International kepada Gandingan Mentari,” katanya.

Harvinderjit merujuk dokumen tambahan itu kepada Azizul Adzani yang kini Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan BNM yang juga saksi kedua pendakwaan.

Peguam itu bertanyakan saksi sama ada butiran transaksi dalam dokumen tambahan berkenaan adalah sama dengan apa yang beliau rekodkan dalam senarai geledah ketika membuat serbuan itu.

Kepada soalan berkenaan, Azizul Adzani menjawab: “Tidak ingat.”

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018 pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");