Panasnya Hari Ini

Umno Cuba Dapatkan Kemenangan Hatrik Di Rantau, Kata PKR

RANTAU: Pemimpin PKR menggesa penduduk Rantau tidak memberikan peluang kepada Barisan Nasional mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.

“Mereka sedang cuba membuat kemenangan hatrik.

“Kemenangan di Cameron Highland 1-0, Semenyih 2-0 dan sekarang mereka cuba untuk menang hatrik di sini.

“Kita tak boleh benarkan. Ia mesti dihentikan,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam satu ceramah di DUN Rantau, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden Amanah, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad.

Saifudin berkata, pihak lawan bagaimanapun tidak mengambil kira kemenangan Pakatan Harapan pada siri PRK sebelum itu iaitu di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Katanya lagi, jika kemenangan berpihak kepada calon BN, ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada parti itu.

“Umno tidak akan menjadi kuat dengan kemenangan Mohamad (Hasan) di Rantau. Ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Sebaliknya Umno akan bermasalah jika Mohamad menang,” katanya sambil menambah Umno memilih Mohamad sebagai pemangku presiden parti yang sedang direhatkan.

Namun, katanya, kemenangan BN dalam 2 PRK sebelum ini boleh mengubah keadaan dalam kepimpinan Umno.

“Mohamad akan merasakan ada perubahan dalam Umno di bawah seliaannya.”

Pada 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan PRK Rantau perlu diadakan serta-merta kerana kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal.

PRK kali ini menyaksikan persaingan 4 penjuru antara Mohamad dengan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram dan 2 calon bebas, Malar Rajaram serta Mohd Nor Yassin ditetapkan pada 13 April depan lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");