Perak Hari Ini

Usahawan Asnaf Sambut Baik Program Pemerkasaan Ekonomi MAIPk

IPOH- Seramai 180 orang dikalangan asnaf menyertai Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

Program ini bertujuan untuk memberi peluang dalam memperkasakan asnaf yang berpotensi dan produktif untuk menjadi komuniti usahawan cemerlang.

Salah seorang peserta, Azmir Amir, 47, yang merupakan usahawan pertanian tanaman cili fertigasi berkata, program ini mampu meningkatkan taraf hidup disamping menambah ilmu keusahawanan kepada golongan usahawan asnaf untuk terus menjana pendapatan keluarga.

“Program ini merupakan platform terbaik kerana ia sememangnya membantu saya terutamanya dari segi bimbingan asas usahawan, dan ini kali pertama saya menyertai program sebegini,” katanya.

Selain itu, Siti Nurani Ghani, 28, yang juga salah seorang peserta percaya program ini mampu menambah nilai produk usahawan asnaf untuk kelestarian produk yang baik.

“Saya mengusahakan biskut raya dan melalui program ini saya belajar untuk menghasilkan produk dengan lebih mudah iaitu dengan menggunakan mesin yang disediakan.

“Selain bantuan daripada MAIPk, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga membantu saya dengan memberi tempat untuk menjalankan kerja penghasilan produk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang berasal dari Kampung Kedah, Beruas juga menyatakan sokongan yang baik daripada masyarakat kampungnya antara sebab beliau terus fokus dalam bidang itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Akujanji Proper A antara peserta dan syarikat penyedia khidmat latihan di Kompleks Islam Darul Ridzuan, hari ini

Sementara itu, MAIPk berharap agar semua peserta program ini mampu menggunakan peluang serta bimbingan yang diberikan supaya mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan dan menjana pendapatan yang baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");