Sukan Hari Ini

Valverde: Masih Ada Masa Untuk Fikirkan Liverpool

Ernesto Valverde menjelaskan Barcelona hanya memberikan tumpuan untuk merangkul gelaran LaLiga hari ini, berbanding memikirkan mengenai aksi Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Liverpool.

Barca mampu meraih gelaran pertama berdepan Levante ketika mendahului sembilan mata ke atas pencabar terdekat Atletico Madrid ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Pencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berkunjung ke Nou Camp Rabu ini untuk aksi separuh akhir pertama, Valverde berharap dapat memastikan kejuaraan LaLiga dapat disempurnakan lebih awal sebelum mengalih tumpuan kepada saingan UCL.

“Kami sentiasa memantau persembahan mereka, kami menyaksikan perlawanan Liverpool sejak beberapa minggu yang lalu,” kata Valverde.

“Tetapi kami perlu fokus perlawanan hari ini. Kami mahu aksi ini menjadi yang terakhir untuk memastikan kejuaraan LaLiga. Masih terdapat masa untuk memikirkan tentang Liverpool.

“Saya akan membuat perubahan dalam tempoh empat hari sebelum berdepan Liverpool.

“Liverpool turut bersaing mengejar takhta EPL, mereka mempunyai kelebihan satu hari untuk membuat persiapan. Pertembungan dua aksi separuh akhir ini akan menampilkan persembahan yang terbaik daripada kedua-dua pasukan.”

Levante menghuni tangga ke-15, dengan kemenangan 4-0 ke atas Real Betis melonjakkan mereka tiga mata bebas daripada zon penyingkiran dan Valverde menjangkakan saingan yang sengit.

“Atletico Madrid menguji kami sehingga penghujung musim dan kami mahu memastikan kejuaraan dapat disempurnakan dengan lebih awal.

“Kami menjangkakan saingan yang sukar dipamerkan Levante. Mereka berjuang mengelak daripada penyingkiran dan beraksi cemerlang mengatasi Real Betis sebelum ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");