Berita Hari Ini

Veteran Tentera Akan Terima RM500 Menjelang Raya

KUALA LUMPUR-  Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Putrajaya akan memberikan pembayaran insentif  sebanyak RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Mohammad, pemberian ini akan diberikan sekali sahaja menjelang hari raya Aidilfitri nanti dan dijangka melibatkan seramai 159,368 orang veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.

“Walaupun kekangan kewangan, kita akan cari jalan. Saya beberapa kali ke Kementerian Kewangan berusaha supaya dapat diagihkan sedikit kepada veteran ATM.

“Lebih RM79.68 diperuntukkan  kepada veteran ATM menjelang hari raya nanti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, Jabatan Veteran Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan permohonan bantuan tersebut.

Permohonan tersebut akan dibuka bermula 14 April 2019 dan pembayaran akan dilakukan pada 27 Mei 2019.

Katanya, jumlah veteran yang menerima insentif itu kali ini lebih ramai berbanding tahun 2017 dan seramai 43,000 veteran tidak berpencen akan menerima bantuan tersebut dibawah Bantuan Bakti Negara itu kali ini.

“Pemberian ini merupakan penghargaan berterusan daripada kerajaan PH kepada veteran ATM di atas pengorbanan dan kesetiaan mereka kepada negara.

” Ia adalah usaha berterusan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");