Sukan Hari Ini

Welson pecah Rekod Kebangsaan

KUALA LUMPUR- Perenang negara, Welson Sim berjaya memecahkan rekod kebangsaan 100m gaya bebas miliknya dalam tempoh tiga minggu apabila memenangi pingat emas keduanya pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 di sini, malam tadi.

Menurut Bernama perenang berusia 22 tahun dari Sarawak itu mencipta rekod baharu 49.54 saat (s) pada saringan pertama sebelum menjuarai acara itu dengan catatan masa 49.83s pada final di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini.

Sebelum ini, Welson mencipta rekod kebangsaan 49.98s pada Kejohanan Australia di Adelaide pada 8 April lalu apabila berjaya memadamkan rekod lamanya 50.03s yang dicipta pada Temasya Sukan Universiti di Myanmar, Disember tahun lalu.

Latihan selama empat bulan di Melbourne, Australia, tampak membuahkan hasil buat perenang sensasi itu apabila turut memecahkan rekod kejohanan 50.16s yang dipegang oleh perenang India, Virdhawal Khade pada 2012.

Semalam, Welson mengutip emas pertama apabila memenangi acara 400m gaya bebas dengan rekod kejohanan 3:50.32s.

“Saya gembira dengan pencapaian emas walaupun catatan masa pada final ketinggalan 0.29s berbanding masa pada saringan.

“Sebenarnya, saya sudah mencapai sasaran jangka pendek 49 saat yang ditetapkan oleh jurulatih di Melbourne,” katanya yang terpaksa menarik diri daripada acara 800m gaya bebas kerana keletihan.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada acara 200m gaya bebas esok.

Sementara itu, pingat perak acara 100m gaya bebas itu menjadi milik perenang Kuala Lumpur, Keith Lim dengan catatan masa 51.03s manakala perenang India, Roy Neel mencatatkan masa 51.17s untuk memperoleh pingat gangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");