Sukan Hari Ini

Woods Curi Tumpuan Di Augusta

AUGUSTA: Juara major, Francesco Molinari, Louis Oosthuizen, Brooks Koepka, Jason Day dan Adam Scott berkongsi di kedudukan teratas pada pusingan kedua Masters awal pagi ini tetapi Tiger Woods sekali lagi mencuri tumpuan di Augusta Nasional.

Woods mempamer aksinya apabila melakukan empat bawah par 68, membolehkannya berkongsi di kedudukan kelima.

Woods mengumpul keseluruhan enam bawah par 138, ketinggalan satu pukulan di belakang kelompok pendahulu.

Selepas pencapaian luar biasa di sembilan lubang awal dengan melakukan tiga birdie dan dua bogey, Woods meningkatkan permainan dengan catatan tiga birdie untuk melonjak naik di papan utama.

“Saya rasakan seperti bermain di kejohanan yang saya pernah sertai sebelum ini,” katanya.

“Saya hanya bermain dengan sabar hari ini, rasa sangat bagus melakukan apa yang saya perlu dilakukan.

“Ini adalah tiga kejohanan major berturut-turut yang saya sertai dan saya boleh memberikan saingan, ini adalah perkara yang bagus.”

Peluang menyarung Jaket Hijau masih terbuka buat Woods sejak kali pertama menyarungnya pada 2005 sekali gus gelaran pertama majornya.

Woods mula mempamerkan kebangkitan sejak kembali daripada pembedahan belakang hampir dua tahun lalu, meraih kejuaraan Jelajah PGA AS ke-80 pada kejohanan penamat musim lalu apabila memenangi Kejuaraan Jelajah.

Bagaimanapun, hanya gelaran utama ke-15 mampu melenyapkan tanggapan pengkritiknya.

Ia juga mampu menyemarakkan semula impiannya mengejar rekod 18 gelaran utama milik Jack Nicklaus. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");