Perak Hari Ini

2 Exco Perak Bakal Digugurkan?

IPOH-Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa sebarang tindakan untuk menggugurkan barisan exco perlu mendapat pekenan Sultan.

Bagaimanapun jelas beliau, sehingga kini kerajaan negeri masih belum menyerahkan senarai EXCO atau membincangkan perkara berkenaan dengan Sultan Nazrin

“Kerajaan negeri masih lagi menunggu titah dari Tuanku Sultan untuk menerima dan mengadap di istana.

“Saya tiada kuasa nak tentukan bila tarikh untuk para exco mengangkat sumpah dan perkara tersebut masih dalam perbincangan,” katanya.

Untuk makluman, setiap ahli EXCO perlu mengangkat sumpah jawatan setiap tahun di hadapan Sultan Nazrin.

Ahmad Faizal berkata demikian sebagai menjawab dakwaan khabar angin yang menyatakan dua orang exco kerajaan Perak bakal digugurkan.

Bagaimanapun Ahmad Faizal sekali lagi menegaskan bahawa perkara itu hanyalah satu desas desus sahaja.

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari dikatakan bersedia jika beliau digugurkan daripada jawatan sedia ada.

Nama lain turut disebut-sebut mungkin digugurkan adalah Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari daripada PKR yang dikatakan akan diganti dengan Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, daripada PKR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");