Panasnya Hari Ini

Ada Bantahan Anwar Jadi PM, Tetapi Saya Akan Tepati Janji, Kata Dr M

PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan akan melepaskan kepimpinan kerajaan kepada Anwar Ibrahim seperti dijanjikan, tetapi berkata tidak ada tempoh masa yang ditetapkan bagi peralihan kuasa itu.

Beliau berkata, apabila Pakatan Harapan (PH) dibentuk, telah dipersetujui bahawa beliau akan memimpinnya memetik FMT.

“Tempoh jawatan saya, sekiranya menjadi perdana menteri, akan terhad kepada tempoh tertentu, tetapi masa sebenarnya tidak disebut,” katanya dalam satu temu bual di Tokyo.

Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja 3 hari ke Jepun.

Bagaimanapun katanya, beliau bersetuju Anwar akan menggantikannya sebagai perdana menteri dan beliau akan “akur kepada perjanjian”.

Katanya mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia “adalah masalah mereka”, bukan masalah beliau.

“Janjinya ialah saya akan berundur selepas beberapa waktu bagi memulihkan semula keadaan ekonomi,” kata beliau.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, beliau memerlukan antara 2 1/2 ke 3 tahun untuk mengatasi masalah berkaitan kewangan negara yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut perjanjian yang dibuat dengan pemimpin PH, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dalam tempoh 2 tahun.

Awal bulan ini, Dr Mahathir yang menggelar dirinya sebagai “perdana menteri sementara” berkata, beliau tidak bercita-cita untuk menyudahkan tempoh sepenggal sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, pada Februari, Anwar berkata, beliau menjangka akan menjadi perdana menteri dalam tempoh tidak lebih 2 tahun.

Bagaimanapun beliau juga berkata, Dr Mahathir perlu diberikan ruang secukupnya untuk mentadbir dengan berkesan pada “waktu yang sukar dan mencabar” kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");