Perak Hari Ini

Agama Bukanlah Penghalang

IPOH- Seorang lelaki warga emas berbangsa Cina mengakui bahawa agama bukanlah penghalang kepadanya untuk membantu menjaga dan mengambil beberapa orang anak angkat berbangsa Melayu serta beragama Islam.

Lee Peng Chik, 74 tahun berkata, beliau telah mengambil empat orang anak angkat dari sebuah keluarga Melayu yang menghadapi kesukaran serta mempunyai masalah keluarga sejak tahun 1998.

Katanya, beliau memang berasa agak janggal pada peringkat awal dimana ketika itu beliau tinggal berseorangan selepas pulang dari Singapura setelah dua tahun berkerja di sana.

“Mereka merupakan anak jiran saya semasa tinggal di Desa Tambun yang mana ada lima beradik dan kesemuanya perempuan tetapi yang sulung (along) telah pun berkerja dan tidak tinggal bersama.

“Anak-anak angkat saya sangat baik sehinggakan ada antara mereka memperlawa dan menghantar kepada saya rambutan yang belum masak, tatapi ini bukan soal rambutan yang diberi tapi hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa program pemberian sumbangan sempena Ramadan anjuran Perkim Cawangan Kampung Paloh dan Pertubuhan Muallaf India SeMalaysia (Mira) di Masjid Paloh hari ini.

Beliau yang merupakan penerima sumbangan berkata, selepas menjaga kesemua anak angkat, beliaulah yang menyediakan semua keperluan kepada anak-anaknya dari segi pakaian makan serta tempat tinggal yang selesa.

Tambah beliau, beliau juga ‘religion blind’ (butakan matanya) untuk melihat perbezaan agama antara mereka.

Menurutnya, pada tahun yang sama ibunya telah meninggal dunia iaitu pada bulan Mei dan semasa melihat jenazah ibunya di rumah beliau terlihat ada sebuah senyuman kepadanya tetapi beliau dapat menafsirakn secara jelas sehingga hari ini.

“Mesti ada mesej yang ingin ibu sampai kepada saya sehingga adik beradik lain tidak melihat wajahnya tersenyum tetapi hal itu seperti satu motivasi kepada saya.

“Bagi saya mesej beliau sangat mudah iaitu untuk memberi kebahagian kepada semua orang dan jangan jangan beri rasa sedih malahan kini saya juga laburkan banyak duit untuk membantu orang lain,” katanya

Katanya, beliau kini menyewa di Taman Cempaka dan menjaga empat orang anak angkat yang berusia kira-kira 15 tahun hingga 5 tahun.

“Anak saya yang berusia 15 tahun adalah kanak-kanak yang saya jaga sejak kecil dari tahun 1998 semasa tingga di Desa Tambun dan sehingga kini saya juga menjaga tiga orang lagi anak angkat yang masing-masing bersekolah,” katanya.

Mengulas mengenai Ramadhan bersama anak-anak angkatnya yang beragama Islam, beliau sering ke masjid untuk menemani anak-anaknya itu berbuka puasa malahan beliau jugalah yang membangunkan mereka untuk bersahur.

“Saya sangat gembira menjaga anak-anak ini sehingga saya mampu untuk berhenti merokok walaupun sudah 40 tahun tidak meninggalkan rokok,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");