Membawang Hari Ini

Aizat, Jason Mraz Kongsi Pentas

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aizat Amdan, diberi penghormatan membuka tirai Konsert Good Vibes Tour 2019 yang menampilkan penyanyi antarabangsa, Jason Mraz, di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 13 Mei ini.

Aizat menyifatkan peluang itu sebagai penghormatan terbesar buat dirinya apabila diberikan ruang berkongsi pentas dengan pemenang Grammy yang pernah mencipta fenomena dalam dunia muzik bersama lagu popularnya, I’m Yours.

“Saya bersyukur diberikan kesempatan cukup bermakna ini. Dipilih mengadakan persembahan pembuka tirai konsert penyanyi dan komposer popular dari Amerika Syarikat itu boleh dianggap antara kejayaan peribadi saya.

“Saya teruja untuk bertemu secara dekat dan berkongsi pandangan mengenai muzik bersamanya. Saya juga berharap kami dapat menjalinkan kerjasama pada masa depan,” kata Aizat.

Bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim kelima itu popular dengan deretan lagu seperti Pergi, Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Susun Silang Kata, Sungai Lui dan Kau Aku.

Tahun lalu, Aizat, 30, menerbitkan karya yang dirakam dalam dua bahasa iaitu Sampai Ke Hari Tua, manakala lagu Harapan Jadi Nyata yang dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Penyanyi dan pencipta berbakat yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini turut menghasilkan lagu untuk artis popular lain seperti Fattah Amin, Aisyah Aziz dan Haiza.

Sepanjang kerjaya seninya selama 12 tahun, karya Aizat bukan sekadar berjaya menakluki gelombang radio tempatan, malah mencapai jutaan strim di semua pelantar media digital popular.

Terkini, Aizat melancarkan lagu terbaru berjudul Angin Lalu pada 26 April lalu. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");