Berita Hari Ini

Anak Najib Bertunang Dengan Ahli Politik Indonesia

PETALING JAYA: Anak bekas perdana menteri, Najib Razak baru-baru ini bertunang dengan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar, Fitri Aprinasari Utami.

Memetik laporan FMT, majlis pertunangan Nazifuddin Najib dan Fitri yang berusia 25 tahun itu diadakan di sebuah hotel di Jakarta pada 4 Mei lalu.

Difahamkan, pasangan itu merancang berkahwin pada Disember nanti.

Fitri ialah anak perempuan ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi.

Nazifuddin, 32, ialah seorang daripada 3 anak Najib daripada perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Nama Tengku Puteri Zainah disebut bersama Najib dalam kad jemputan.

Najib dan isterinya, Rosmah Mansor dalam senarai larangan keluar negara sejak beliau hilang kuasa tahun lalu dan tidak menghadiri majlis pertunangan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");