Panasnya Hari Ini

Anwar Rayu Putrajaya Pertimbang Beri Duit Raya Pada Peneroka Felda

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim merayu kerajaan mempertimbangkan pemberian wang tunai kepada peneroka Felda bagi membantu meringankan beban kewangan golongan itu, sehari selepas Putrajaya mengumumkan 112,635 tidak akan menerima sebarang duit raya tahun ini.

“Mungkin kita boleh ringankan beban mereka dengan sedikit bantuan atau elaun kepada peneroka yang mengalami kesusahan di bulan Ramadan dan akan menyambut hari raya,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu kepada pemberita hari ini, selepas mempengerusikan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Parlimen hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Minggu lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk memberikan bantuan kepada peneroka, berikutan kedudukan semasa kewangan negara yang kurang memberangsangkan.

Keutamaan kerajaan kini ialah memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri, katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) meminta agar kerajaan menyampaikan bantuan sempena sambutan Aidilfitri kepada peneroka Felda susulan pendapatan peneroka yang tidak stabil mengikut harga komoditi kelapa sawit semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita semalam meminta perkara itu dirujuk kepada Azmin.

Anwar berkata dia memahami pandangan Azmin dalam hal penyediaan bantuan kewangan itu.

“Tetapi apabila kita turun padang bertemu peneroka, hal itu antara isu yang timbul dan kebimbangan mereka boleh dirasai. Mereka menanggung di bulan Ramadan.

“Saya rasa tidak apa kalau kita beri sedikit pun.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");