Sukan Hari Ini

BAM Beri Peluang Sama Rata Ke Sukan SEA

UALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menyenaraikan skuad terbaik bagi merangkul pingat pada Sukan SEA di Filipina hujung tahun ini.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, badan induk itu sedang menyediakan senarai panjang pemain sebelum senarai pendek akan diputuskan untuk menyertai temasya dwi tahunan itu.

“Senarai pertama akan diputuskan pada Jun ini dan kini kami sedang menjalankan penilaan bagi senarai itu,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) BAM bersama Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pemain profesional berpeluang disenaraikan ke Filipina, Choong Han berkata penilaian dibuat kepada semua pemain termasuk yang tidak bernaung bersama BAM.

“Kita percaya kita akan menghantar pemain terbaik yang mempunyai sandaran pingat kerana kita mahu melihat bagaimana perkembangan persembahan pemain daripada Sukan SEA menuju ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo,” katanya.

Choong Han berkata, persiapan ke Sukan SEA berjalan seperti biasa memandangkan ia adalah objektif utama skuad badminton negara tahun ini namun semua itu adalah sebagai persiapan ke matlamat utama ke temasya Olimpik 2020.

Pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, skuad badminton negara memenangi satu pingat emas, lima perak dan satu gangsa.

Dalam mesyuarat itu juga, Choong Han berkata pihaknya memantau status pemulihan bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang masih belum kembali ke gelanggang pertandingan selepas menjalani rawatan kanser hidung sejak September lalu.

“Status sekarang adalah kita memberi beliau (Chong Wei) masa untuk pemulihan. Kita sudah ada kumpulan sokongan cuma kita tidak mahu memberi tekanan yang banyak kepada beliau. Cuma kita nak tengok macam mana tindak balas dia (terhadap tekanan),” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");