Berita Hari Ini

Bas Bawa Pekerja Kilang Terbakar

REMBAU- Sebuah bas kilang terbakar semasa dalam perjalanan menghantar pekerja pulang di Jalan Sepri di sini kira-kira pukul 6.50 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Dzor Yusof berkata, seorang pemandu dan 16 pekerja selamat kerana telah keluar dari kenderaan itu selepas menyedarinya terbakar.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi dan seramai 10 pegawai serta anggota bomba dikerahkan memberi bantuan.

“Apabila tiba di lokasi, bas sedang terbakar manakala semua penumpang yang merupakan pekerja di kilang di Senawang di sini telah menyelamatkan diri.

“Pihak bomba kemudian berjaya memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 50 peratus bahagian bas itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi memadamkan kebakaran itu ditamatkan pada pukul 7.47 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan lapor Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");