Perak Hari Ini

Bekalan Air Di Ayer Ganda Pulih

IPOH: Bekalan air di Kampung Ayer Ganda yang telah terjejas sejak 9 April lalu, berikutan penutupan Loji Rawatan Air Ayer Ganda telah mula pulih mulai Selasa lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bekalan telah disalurkan melalui pemasangan paip sepanjang 11.5 kilometer dan pam penggalak yang baru daripada loji rawatan air di Lawin

“Tahniah diucapkan kepada Lembaga Air Perak kerana berjaya menyiapkan projek tersebut dalam tempoh 5 minggu dan telah disiapkan lebih awal dari tempoh pemasangan yang dirancang.

”Bagi membekalkan air daripada loji rawatan air Lawin LAP telah membelanjakan sebanyak 1.32 juta ringgit untuk menyiapkan projek ini.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Digital Perak Corporation Holdings di Perak Techno Trade Centre (PTTC), hari ini.

Ujar Ahmad Faizal lagi, dengan siapnya projek ini, penduduk di kawasan Ayer Ganda akan dapat menjalankan ibadah puasa dan merayakan hari raya yang akan datang nanti dengan selesa.

”Jadi dengan air yg diterima ini, penduduk kawasan tersebut tidak perlu bimbang lagi kerana air yang disalurkan boleh digunakan seperti biasa untuk tujuan mandi, minum dan juga memasak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");