Membawang Hari Ini

Bella Teruskan Hidup Tanpa Aliff

“Selepas berfikir masak-masak, saya akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa Aliff,” kata Bella Astillah, isteri penyanyi Aliff Aziz mengenai konflik rumah tangga mereka.

Bella menerusi Instagram berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan serta masa depan anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2.

“Terima kasih atas segala pandangan terhadap perkahwinan yang dilanda badai. Ia bukan mudah tapi saya tahu ada di antara anda mempunyai niat baik sementara yang lain datang dengan niat jahat menggelar saya manusia paling bodoh di dunia hanya kerana cuba mempertahankan rumah tangga ini,” tulisnya.

Dihujani mesej peribadi (DM) serta panggilan telefon, Bella bagaimanapun memohon sedikit ruang dalam menempuhi ujian hidup.

“Saya sangat menghargainya jika orang ramai akan berhenti menghantar DM, menelefon dan mesej serta membuat spekulasi mengenai isu ini.

“Saya sudah membuat pencerahan dan mohon anda menghormati keputusan serta memberi ruang sementara saya melalui situasi sukar ini.

“Saya akan meneruskan kehidupan dengan ‘askar’ kecil saya. Terima kasih atas sokongan anda semua terutama ahli keluarga,” tulisnya.

Terdahulu Aliff didakwa curang buat kali ketiga selepas gambarnya berswafoto dengan tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular hari ini.

Selain gambar, turut tersebar ialah satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Pada 2017, Aliff mencetus kontroversi apabila berlaku curang dengan keluar berhibur bersama pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke.

Februari lalu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti didedahkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");